"Sesungguhnya kehidupan kita lalui dahulu penuh dengan kenangan manis telah pun berlalu pergi, sedangkan dosanya masih kita tanggung hingga ke hari ini"
kata Ulama' Imam Zainuddin Ibnu Wardi Arkindi 671-749 hijrah / 1292-1349 masihi
Pada hujung-hujung usia apa perlu dilakukan?
Adakah dosa-dosa patut dibawa atau ditinggalkan dibumi ini?
Adakah cara senang, untuk menampung kewajipan lalu dengan baki usia....
ADA... BAGAIMANA?
Iaitu sentiasa berada dalam MAJLIS ILMU. Atas masalah ini maka timbul ilham daripada Allah untuk mewujudkan satu penempatan bagi umat ISlam memperdalami dan memperhalusi bidang ilmu-ilmu Islam sebelum di jemput oleh Allah. Matlamat MADINATUL iLMI WATTARBIYYAH lebih kepada penghayatan ilmu mendidik jiwa supaya mengenali Allah Yang Maha Pencipta di samping mewujudkan perasaan kasih sayang sesama muslim dalam pergaulan. Dan MADINATUL iLMI membawa maksud "BANDAR iLMU" yang dibawa Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam.
No comments:
Post a Comment