Pages

Friday, April 16, 2010

LOKASI PROJEK


PELAN LOKASI


LAKARAN ILUSTRASI

PEMBANGUNAN KOMPLEKS PENGAJIAN


Titi Mukim, Pulau Pinang di pilih sebagai tempat pembangunan kompleks pengajian, berkeluasan 1.926 ekar, merupakan merupakan tanah yang telah diwakafkan oleh seorang individu kepada Madinatul ilmi Wattarbiyyah. Ia adalah satu lokasi yang mudah dan suasana yang menyenangkan. Kos berjumlah RM2 juta diperlukan dalam membangunkan fasa pertama bangunan Kompleks Pengajian MADINATUL ILMI WATTARBIYYAH.

Dengan ini Pihak Jawatankuasa MADINATUL ILMI WATTARBIYYAH ingin memohon sumbangan daripada tuan/puan dalam bentuk wakaf, zakat dan lain-lain sumbangan untuk sama-sama membantu di dalam merealisasikan pembangunan kompleks pengajian ini.

Semoga segala usaha ini mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Thursday, April 15, 2010

KONSEP

Pengajian ilmu-ilmu Islam ini diperkenalkan dalam bentuk yang senang difahami, dihayati, diamalkan dengan mendalami kitab-kitab karangan ulama-ulama terdahulu dari aliran As Syafiee'ah dan pegangan Ahlil Sunnah Wal Jama'ah.

Kompleks MADINATUL ILMI WATTARBIYYAH pula menempatkan bangunan madrasah, bilik-bilik kuliah,auditorium serta pejabat pengurusan dan pentadbiran.

PENGENALAN

"Sesungguhnya kehidupan kita lalui dahulu penuh dengan kenangan manis telah pun berlalu pergi, sedangkan dosanya masih kita tanggung hingga ke hari ini"

kata Ulama' Imam Zainuddin Ibnu Wardi Arkindi 671-749 hijrah / 1292-1349 masihi


Pada hujung-hujung usia apa perlu dilakukan?

Adakah dosa-dosa patut dibawa atau ditinggalkan dibumi ini?

Adakah cara senang, untuk menampung kewajipan lalu dengan baki usia....

ADA... BAGAIMANA?

Iaitu sentiasa berada dalam MAJLIS ILMU. Atas masalah ini maka timbul ilham daripada Allah untuk mewujudkan satu penempatan bagi umat ISlam memperdalami dan memperhalusi bidang ilmu-ilmu Islam sebelum di jemput oleh Allah. Matlamat MADINATUL iLMI WATTARBIYYAH lebih kepada penghayatan ilmu mendidik jiwa supaya mengenali Allah Yang Maha Pencipta di samping mewujudkan perasaan kasih sayang sesama muslim dalam pergaulan. Dan MADINATUL iLMI membawa maksud "BANDAR iLMU" yang dibawa Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam.




Pembimbing : Al-Fadhil Ustaz Zaini Hj Ahmad