Pages

Wednesday, December 21, 2011

Sumbangan 'Secawan Teh'

Saya ingin mengajak anda (baca;teman-teman pembaca) bersama-sama saya untuk memberi sumbangan minuman 'Secawan Teh' kepada penuntut-penuntut di Madinatul Ilmi Wattarbiyyah yang mana majoritinya adalah warga emas. Minuman ini akan disediakan buat penuntut pada setiap Hari Kuliah Perdana sewaktu rehat. Kos untuk membuat air teh ini adalah RM60. Jumlah penuntut yang hadir ke Kuliah Perdana dianggarkan seramai 200 orang. Kuliah Perdana diadakan pada hari Rabu pada setiap minggu.

RM60 x 4 minggu = RM240 untuk sebulan

Saya hanya memohon seramai 24 orang di antara teman-teman FB (baca; pembaca blog ini) untuk menyumbang sebanyak RM10 sebulan bagi tujuan amal ini. Semoga setiap titis air teh yang disumbangkan ini dapat menghilangkan haus bagi penuntut warga emas menimba ilmu Allah buat bekalan kehidupan di dunia dan di akhirat.

Di antara tanda-tanda umur yang diberkati oleh Allah Taala adalah ;

" Semakin bertambah kekuatan / kemahuan untuk menambah, belajar tentang Ilmu-ilmu yang bermanfaat dan ilmu-ilmu yang membawanya mendekati Allah SWT. "

~ intipati kuliah perdana ~
catatan dari : http://facebook.com/zuraida.mohamed.noordin

Bagi urusan sumbangan sila berhubung dengan pencatat nota di atas melalui facebook beliau.

Tuesday, December 20, 2011

Kerjasama dengan StormReaders Network Sdn Bhd




Pihak StormReaders Network telah berbesar hati di dalam memberi bantuan tajaan promosi bagi mengumpul dana pembangunan komplek pengajian Madinatul Ilmi Wattarbiyyah.

Setiap pembelian di estore khas Madinatul Ilmi (http://www.stormreaders.net/madinatulilmi) menyumbang ke dalam Dana Pembangunan Projek CSR StormReaders Network - Akaun Madinatul Ilmi Wattarbiyyah.

Oleh dengan itu pihak kami amat mengalu-alukan anda untuk mendapatkan bahan-bahan ilmiah di atas di estore khas ini, di mana secara tidak langsung anda juga turut menjadi penyumbang kepada Pembinaan Komplek Pengajian yang kami ingin realisasikan buat masyarakat setempat yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan agama Islam sebagai bekal hidup di dunia dan di akhirat.

'Membeli sambil Beramal'

Semoga amalan anda ini diangkat Allah SWT sebagai amal yang soleh. Amin.

RAYUAN DERMA



SEDEKAH RM1 PENDAPATAN HARIAN ANDA
UNTUK TABUNG PEMBINAAN
KOMPLEKS MADINATUL ILMI WATTARBIYYAH

SILA HUBUNGI :

PUAN AKMAR 012-5043 477
PUAN HAMIDAH 014-7460 921
PUAN ZU 019-4924 870

KEADAAN TEMPAT OPERASI - SEKARANG


Pandangan di sisi yang sama, tempat duduk disebelah kiri adalah tempat parkir kenderaan




Pandangan sisi bangunan sewaktu kuliah perdana


Pandangan dari arah hadapan tempat pengajian sekarang

MADINATUL ILMI WATTARBIYYAH
ALAMAT : 1068, TAMAN BERKAT, 13310 PENAGA, PULAU PINANG

Friday, April 16, 2010

LOKASI PROJEK


PELAN LOKASI


LAKARAN ILUSTRASI

PEMBANGUNAN KOMPLEKS PENGAJIAN


Titi Mukim, Pulau Pinang di pilih sebagai tempat pembangunan kompleks pengajian, berkeluasan 1.926 ekar, merupakan merupakan tanah yang telah diwakafkan oleh seorang individu kepada Madinatul ilmi Wattarbiyyah. Ia adalah satu lokasi yang mudah dan suasana yang menyenangkan. Kos berjumlah RM2 juta diperlukan dalam membangunkan fasa pertama bangunan Kompleks Pengajian MADINATUL ILMI WATTARBIYYAH.

Dengan ini Pihak Jawatankuasa MADINATUL ILMI WATTARBIYYAH ingin memohon sumbangan daripada tuan/puan dalam bentuk wakaf, zakat dan lain-lain sumbangan untuk sama-sama membantu di dalam merealisasikan pembangunan kompleks pengajian ini.

Semoga segala usaha ini mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Thursday, April 15, 2010

KONSEP

Pengajian ilmu-ilmu Islam ini diperkenalkan dalam bentuk yang senang difahami, dihayati, diamalkan dengan mendalami kitab-kitab karangan ulama-ulama terdahulu dari aliran As Syafiee'ah dan pegangan Ahlil Sunnah Wal Jama'ah.

Kompleks MADINATUL ILMI WATTARBIYYAH pula menempatkan bangunan madrasah, bilik-bilik kuliah,auditorium serta pejabat pengurusan dan pentadbiran.